Ketuanan Rakyat

September 20, 2008

Negara Rakyat, bukan Negara UMNO.

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 4:26 am

Negara ini rakyat punya, bukan Ahmad Albab punya, bukan Dollah Badawi punya, bukan Najib punya dan bukan UMNO punya.

Oleh yang demikian, adalah tanggungjawab kita semua untuk membela nasib bangsa dan negara. Kalau pimpinan yang sedia ada korup dan tidak cekap, kita semua tidak boleh menyalahkan orang lain. Alhamdullilah, pengundi-pengundi kawasan parliamen Permatang Pauh bernasib baik kerana mereka diberi peluang untuk memilih pada 26hb. Ogos 2008 wakil mereka di Parlimen Malaysia dan juga mengasaskan perlantikan Anwar Ibrahim, InsyaAllah, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Lima Janji Anwar

Sebab itu lah, Anwar Ibrahim menjanjikan 5 perkara yang akan menjadi teras perjuangannya sebagai Perdana Menteri.

PERTAMA, beliau berjanji akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengankat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.

KEDUA, beliau akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Malaysia kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Ini adalah penting bagi menjamin keadilan sosial untuk semua agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir dan mundur. Hak orang Melayu tetap dipertahankan dan kepentingan orang bukan Melayu juga tidak diabaikan. Disamping itu, martabat Islam tetap dipelihara.

KETIGA, adalah langkah penyusunan semula pasukan polis untuk menjadikannya badan PENCEGAHAN JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan yang lain dan memastikannya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

KEEMPAT, beliau berjanji untuk MENGURANGKAN BEBAN HIDUP RAKYAT dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain disamping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM 1,500.

KELIMA, beliau berikrar akan mencipta HARAPAN BARU untuk masa depan Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan memastikan mutu pembelajaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Kesemua janji diatas adalah selari dengan konsep “Ketuanan Rakyat”. Ketuanan rakyat bermaksud setiap langkah serta usaha yang diambil oleh kerajaan ialah untuk memperkasakan hak rakyat, untuk mensejahterakan hidup rakyat serta untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Rakyat yang perkasa, rakyat yang hidup sejahtera dan rakyat yang kaya akan menjaminkan sebuah negara Malaysia yang gemilang dan dihormati oleh masyarakat Antarabangsa.

Kita semua perlu sedar yang kerajaan UMNO sekarang ini sudah ketandusan semangat untuk membawa kebahagiaan kepada rakyat. Mereka sebok memperkayakan diri sendiri, kaum keluarga serta kroni mereka dengan mengambil kesempatan keatas rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang penuh dengan sifat kesabaran dan kemaafan. Sikap ini telah dianggap oleh pemimpin UMNO sebagai memberi mandat kepada mereka untuk memperbodohkan dan memperkudakan kita.

Sikap UMNO yang jelas menganggap orang Melayu di Permatang Pauh sebagai bodoh terbukti apabila mereka hanya mengunakan isu liwat yang menjatuhkan maruah serta mertabat orang Melayu sebagai senjata mereka untuk menjatuhkan Anwar, tanpa memperdulikan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap kita.

Ini bukan zaman filem P.Ramlee dimana kekayaan orang miskin seperti Ahmad Albab boleh diselesaikan oleh jin dari alam khayalan. Hari ini kita perlu bekerja keras untuk bersaing dengan negara lain. Disamping itu kita memerlukan sebuah kerajaan yang cekap, bertanggungjawap serta telus untuk menentukan kekayaan negara kita tidak dilenyapkan melalui rasuah serta kepincangan pentadbiran.

Politik amalan UMNO yang suka mengadu-domba masyarakat berbilang kaum negara ini hanya akan menyebabkan ketegangan serta pertelingkahan kaum yang tidak akan menguntungkan sesiapa selain dari musuh-musuh negara. Politik mereka ini hanya akan menjunamkan negara ke dasar lautan kehancuran.

Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim percaya setiap keupayaan, kecekapan dan kebolehan seorang rakyat negara ini perlu dimanfaatkan demi masa depan kita bersama. Lima janji beliau diatas akan merupakan titik permulaan pembangunan semula negara untuk memgambil tempat kita yang sewajarnya di persada dunia. Masa depan negara berada di tangan kita, maka kita yang wajib mengubahnya.

Salam Perpisahan, bukan Selamat Tinggal

Akhir kata kami semua yang datang dari jauh ingin mengucapkan selamat mengundi dan jaga ketentaraman bersama ketika keluar mengundi. Kami terhutang budi diatas layanan serta kerjasama yang diberikan semasa kami berada di Permatang Pauh.

Ribuan suara mencorak perubahan

Pengorbanan Umat berpandangan jauh

Undian Rakyat penentu perjuangan

Terima kasih Permatang Pauh

Parlimen Dalam Tangan,

Putrajaya Dalam Jangkauan.

-http//dinmerican.wordpres

s.com

Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan….

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 4:21 am

Antara perkara yang akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Persekutuan..

*Minyak Turun….
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk mengurangkan beban rakyat Harga minyak distabilkan supaya harga barang, kos perkhidmatan dan kos perusahaan tidak melonjak demi kemudahan jelata.

*Pendidikan Percuma…..
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk memberi pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, dan universiti. Pendidikan percuma supaya setiap warganegara berpeluang memajukan diri dengan ilmu dan pendidikan berkualiti.

*Jaga Kebajikan Rakyat…..
Kebajikan ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya, dan golongan miskin harus dijamin dan dipelihara tanpa kira kaum dan agama. Anak-anak muda yang mahu berniaga akan diberi peluang dan galakan.

*Mahkamah Adil & Saksama…..
Mahkamah diperkasakan bagi memastikan kerajaan tidak lagi rasuah dan menyeleweng seperti yang berlaku hari ini. Mahkamah bebas dari pengaruh politik supaya semua rakyat diadili dengan saksama dan sama-rata, tidak kira miskin atau kaya.

*Polis Cekap, Rakyat Selamat…..
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan.

Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah

September 2, 2008

Najib, hang dok merapu apa???

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 10:47 pm

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia hanya perlu ada satu hari kemerdekaan demi perpaduan dan integrasi nasional.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pendirian kerajaan ialah 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan yang tarikhnya telah dipilih sebelum ini.

”Semua lapisan rakyat telah menerima bahawa 31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan dan untuk mengiktiraf hari lain sebagai Hari Kemerdekaan akan memberi pelbagai andaian, pertelagahan dan tidak sihat daripada segi perpaduan nasional,” katanya.

Awat la menteri-menteri Malaysia skrg ni bengap sgt aih?? Lepas satu,satu lagi tunjuk bengap. Mula-mula, menteri air liur shabery cheek tu, lepas tu menteri arab syed hamid albar, skrg ni menteri pertahanan dan merangkap timbalan perdana menteri dan bakal duta malaysia ke mongolia, Najib.

Najib kata semua rakyat Malaysia dah terima 31 Ogos tu tarikh kemerdekaan negara kita. Memang betul.. Bukan itu yang menjadi persoalanlah si bengap!!! Datuk Seri Anwar Ibrahim (bakal Perdana Menteri Malaysia ke-6) kata, cuti 16 September itu adalah untuk memperingati pergabungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung…itu sahaja. Apa kena mengena dengan Merdeka, perpaduan nasional ni???

Najib, hang dah beli pampers? Tiket flight g luar negara dah beli? 16 September dah dekat..kahkahkahkah

September 1, 2008

Benarkah ROBOH UiTM, MELAYU ROBOH???

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 9:46 am

Semenjak cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid supaya UiTM memberi kuota 10% kepada bukan Melayu,macam-macam hal jadi… Tapi, di sini penulis tidak mahu ulas mengenai so called ‘perhimpunan aman’ yang diadakan oleh pelajar-pelajar UiTM dan diketuai oleh golongan bijak pandai MPP..

Apa yang penulis ingin kupas di sini ialah mengenai isu ROBOH UiTM, MELAYU ROBOH…

Semenjak saranan MB Selangor itu, setiap kali penulis lalu di hadapan pintu depan UiTM Shah Alam, tersergam indah satu sepanduk yang antaranya tertera ‘ROBOH UiTM MELAYU ROBOH’. Kali pertama penulis terpandang sepanduk terbabit, penulis tersenyum sinis. Di dalam hati penulis bertanya, “Pejuang Melayu manalah yang nak jadi hero ni? Bijak jugak dia ni…”

Slogan ‘ROBOH UiTM MELAYU ROBOH’ ni, 100% penulis tidak bersetuju. Kerana apa? Kerana seolah-olah UiTM ni wujud dahulu,barulah Melayu ni wujud..oleh itu,jika UiTM runtuh, hilanglah Melayu di dunia ni..setahu penulis, zaman Hang Tuah dan Hang Jebat dulu pun takde UiTM…diaorg pun tak study kat UiTM..hidup je Melayu..wujud je..so, pesanan penulis,cukuplah…cukuplah berkokok seolah-olah UiTM ni lebih besar daripada bangsa Melayu itu sendiri..

takkanlah untung nasib orang Melayu, berjaya atau tidak seseorang individu itu semuanya terletak di UiTM??Takkan lah semua orang Melayu di luar sana yang berjaya,yang jadi jutawan,yang terkenal semuanya adalah anak-anak UiTM?Fikirlah jauh sikit..

Kalau nak berjaya,kat mana-mana pun boleh..anak Melayu pun boleh berjaya di UTAR..apa masalahnya..?Terpulanglah kepada individu tu sendiri..kalau sekarang umur 20 tahun, mungkin sampai umur 70 lagipun nak jalan ber’tongkat’ dengan keistimewaan orang Melayu lagi..

Niat Keistimewaan dan hak orang Melayu ni bagus pada awalnya,untuk membantu orang Melayu supaya berjaya dan memberi saingan kepada bangsa lain, tetapi masalahnya, ‘tongkat’ ni dah disalahgunakan..itu kita kena fhm..sekarang ni, kita boleh dengar orang Melayu cakap, “Takpe,kita Melayu..kita ada hak isitimewa..Rileks lah…” Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekarang ni,golongan-golongan seumpama ini dah wujud,dan makin menular..siapa yang berani sangkal kenyataan ini? Penulis yakin, pada awalnya, niat hak dan Keistimewaan org Melayu ni, dan Akta 153 ini,tidak pernah dan tidak mahu sama sekali untuk mehirkan golongan-golongan seperti ini, setuju atau tidak?

Oleh itu,sedarlah. Jangan terlalu selesa..

To be succeed, we must look beyond our past. And to be succeed, we must go out form our comfort zone…sampai bila nak berjaya kalau asyik berada dalam zon selesa ni? Katak tu lainlah cerita..katak selesa berada di bawah tempurung…kita ni manusia..ada otak fikir…ada kaki, jalan.. dah tua nanti,bolehlah pakai ‘tongkat’..

August 24, 2008

Dah tahu ke siapa yang bunuh Altantuya?

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 9:26 am

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

“Raja ada di mana?”

It was my old friend from the Parti Keadilan Nasional days, Zahid Md Arip, on the line. He did not have to even mention who was calling. His very loud “Sang Terubung Raja Petra Anak Raja Bugis” was a good enough introduction. And there was no mistaking who I was speaking to. Zahid had a certain ‘trademark’ that could almost be patented like the sound of a Harley Davidson exhaust pipe.

“I’m at the Bangsar Shopping Centre,” I replied in Bahasa Malaysia.

“How long are you going to be there?” he asked, also in Bahasa Malaysia.

“Not sure. Maybe another hour or so.”

“Can we come and see you? Someone wants to meet you. His name is Datuk Kamal Amir. Hold on, I’ll pass the phone to him.”

“Hello, Kamal Amir here. I would be most honoured if I can meet you. Can we have tea today?”

“Sure, no problem. What time you want to come here?”

“Where are you now?”

“Bangsar Shopping Centre.”

“Wah. Itu tempat orang kaya,” Datuk Kamal Amir joked. “I can be there in one hour. Is that too late?”

“Actually I’m almost finished. But never mind. I will wait for you.”

“Where to meet?”

“Come to the Dome.”

“Who was that?” my wife asked me.

“Not sure. Someone called Datuk Kamal Amir, Zahid’s friend.”

“Who is he?”

“Not sure. Must be someone important though. Zahid only mixes with important people.”

Zahid is the late Tun Ghafar Baba’s grandson and onetime Acting Youth Chief of Parti KeADILan Nasional during the time Ezam was in prison. He is one of those dubbed ‘The Dirty Dozen’, the twelve Parti KeADILan Nasional Youth leaders who crossed over to UMNO just before the 2004 general election.

Politically, Zahid is ‘the enemy’. But I still maintain a cordial relationship with him in spite of our ‘political differences’, as I do with his uncle, Tamrin Ghafar, who I have no problems with and meet from time-to-time in the Bangsar Village for tea and sandwiches.

It was more than an hour before Zahid arrived and I was already feeling quite bored with all the waiting. Datuk Kamal was not with him. “Datuk is still in a meeting,” said Zahid. “He is coming along shortly.”

Datuk Kamal arrived about half an hour later. I expected someone big and intimidating, the sort of image you would expect from an UMNO datuk. But Datuk Kamal was a small and very decent-looking sort of fellow. Not at all the normal UMNO slime-ball and scumbag I had expected.

We hit it off in a mere five minutes and thereafter were chatting away as if we have known each other for years. They say the first few minutes are crucial. Either you take to each other or you do not. That goes for interviews as well. You have to impress the interviewers on the first take. The first impression counts and 50% of whether you get the job or not would depend on this. Thereafter, how you conduct yourself would either seal the job or you get shown the door.

We talked about everything in general and nothing in particular. It was, after all, a first meet, sort of a ‘getting to know you’ session.

“Hai, Datuk,” Datuk Kamal waved at someone walking by. The Datuk waved back and smiled and tried to hurriedly walk off. “Marilah duduk sebentar,” Datuk Kamal said while gesturing to an empty chair beside me.

This Datuk appeared hesitant and looked like he was not sure whether to accept the offer or instead just give an excuse and scurry out of there. But those who know Zahid would know that he is one persistent fellow who never takes ‘no’ for an answer. There was no way this Datuk was going to ‘escape’ and he knew it. So he sat down, whether that was what he really wanted to do or not.

I was introduced to this new Datuk. “Inilah Datuk Syed Rahman,” Datuk Kamal said as I shook hands with him. Datuk Kamal probably saw in my face that the name did not ring a bell. He looked Indian, as some Arabs do, and if I had not been told he was a ‘Syed’ I would have thought he was just another of those millions of Mamaks running around all over the country and making a nuisance of themselves.

“This is the Honorary Consul of Mongolia,” Datuk Kamal said. My face still did not show that I recognised this Arab. “You know, the Altantuya murder case.”

“Oh, that’s right.” Now I know whom this Datuk Syed Rahman is. He is that man always on TV beside Dr Sharriibuu Setev, Altantuya’s father. I inched closer to Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, now that I knew who he is.

“Interesting,” I said. “I’m sure you can tell me a lot about the Altantuya murder which the newspapers are not reporting.”

“That would be dangerous talking to you,” Datuk Syed Rahman replied. “You will quote what I say in Malaysia Today.”

“No, I won’t mention your name,” I joked. “I’ll just say the Honorary Consul of Mongolia who wishes to remain anonymous.” There was laughter all around the table.

Datuk Syed Rahman started off by saying that the IGP had called him and told him that if Najib ever becomes the Prime Minister then he had better leave the country. “But I don’t care. I have told the Mongolian government that I want to buy a piece of land there and move to Mongolia. I don’t mind even giving up my Malaysian citizenship and settle down in Mongolia. So I don’t care what they want to do to me.”

“Why not then reveal what you know?” I asked. “What is stopping you from talking?”

“It is not that I’m scared. It is just that the court case is going on so it would be sub judice for me to talk about the issue. Plus, as the Mongolian Consel, I need to be professional and not simply talk.”

Nevertheless he did talk, and talk a lot on top of that, after I assured him that nothing would be reported in Malaysia Today and that his name would not be mentioned.

But that was before this. Now that he has gone on national TV and has acted very unprofessionally and unbecoming of a man of his status by ‘spilling his guts’ and lying on prime-time TV, then my ‘deal’ with him is now off. He has opened his mouth and has ‘testified’ on TV about what he knows about the Altantuya murder. I was prepared to keep his secret as long as he too keeps his secret, secret. But since he has now revealed all, then I too should not be bound by any ‘official secrets’ since these secrets are no longer secrets.

Datuk Syed Rahman’s shocker was about them finding the remains of seven or eight people at the murder site. “What? Seven or eight people? You mean Altantuya was not the only one murdered and dumped at that site?”

“Those two UTK are assassins. Their job is to get rid of people. And that murder site is the place where they get rid of the bodies by blowing them up.”

“Wow! This is dynamite.” For once I was flabbergasted and there is very little that can shock me.

“Not dynamite. C4,” joked Datuk Syed Rahman.

“Tell me,” I moved closer to Datuk Syed Rahman. “Did Najib order her murdered?”

“No, not Najib, Rosmah. She ordered the murder.”

“What? Rosmah?” I could not believe it. Datuk Syed Rahman smiled; pleased that at least for once someone could shock Raja Petra who never normally gets shocked by anything.

Datuk Syed Rahman related in great detail what really happened. And what he related was a far departure from what transpired in the trial. Unfortunately, because commenting on an ongoing trial is considered sub judice and can attract a jail sentence, I am certainly not at liberty to also reveal in great detail what this Arab told me. And what he told me was very different from what he said on TV last night.

Maybe one day, when the trial is over, I will be ‘free’ to talk about what Datuk Syed Rahman revealed in the Dome of the Bangsar Shopping Center that day, more than a year ago. But whether I will be ‘free’ in the real sense of the word or whether I will be speaking from behind the high walls of the Sungai Buloh or Kajang Prison is left to be seen. Maybe, after 16 September 2008, I will know.

In the meantime stay tuned to learn more about what the Honorary Consul of Mongolia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, revealed in 2007 in the Dome of the Bangsar Shopping Centre. The story is nothing short of what Hollywood movie scripts are made of.

August 22, 2008

TERKINI & PANAS DARI PERMATANG PAUH

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 6:48 am
Sembahyang Jumaat sampai. Calon Barisan Nasional dan calon Parti Keadilan Rakyat telah bersembahyang di Masjid Seberang Jaya. Pengikut dan penyokong kedua belah parti politik turut sama berjemaah.

Inilah peluang keemasan untuk menunjukkan kewarakan masing-masing. Siapa lebih Islam daripada siapa.

Selesai sembahyang, ribuan para jemaah telah mengerumuni Anwar Ibrahim. Mereka ingin bersalaman dengan calon P44 ini.

Apa yang menakjubkan ialah di antara yang beratur untuk bersalaman dengan Anwar Ibrahim ialah YB Seberang Jaya sendiri yang juga calon P44 yang akan bertanding Selasa ini

Seorang makmum telah bersuara meminta Anwar memberi ucapan. Ini telah ditolak oleh Anwar. AJK Masjid telah membenarkan YB Fairuz untuk berucap ringkas tanpa alat pembesar suara.

Khairy Jamaluddin, atau nama manjanya KJ turut bersembahyang di masjid yang sama. Apabila jemaah mengerumuni Anwar, KJ tercongok seorang diri. Apa dalam kepala KJ ketika ini? Hanya Nori sahaja yang maha mengetahui.

-http//tukartiub.blogspot.com

August 21, 2008

UMNO/BN perlu menipu untuk menang.

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 9:26 pm

PRESS RELEASE

Electoral fraud has been a serious impediment to democracy in Malaysia for many years.  The evidence of electoral fraud has been widely documented and reported in the media in the 2004, 2006 and 2008 Malaysian elections.

Examples include vote buying, phantom voters, multiple voting, and rampant abuse of postal voting.  Postal vote fraud, we believe was the primary reason behind Pakatan Rakyat losing 1 or 2 Parliamentary seats in March.

Electoral fraud also include the intimidation of voters the manipulation of the mainstream media and preventing equal access and coverage to opposition political parties. Utusan Malaysia is a good example of how the government uses the media instruments at its disposal to spread confusion and to disparage and defame leaders in the opposition, including our Permatang Pauh candidate Anwar Ibrahim. Recent headlines have misquoted Pakatan Leaders’s statements about Anwar Ibrahim and wrongfully accused him of activities that would undermine his position with voters. Pakatan Rakyat initiated a boycott of Ututsan Malaysia earlier this year for this reason.

The Elegant Advisory scandal of RM 218 million in unpaid printing expenses by the Barisan Nasional in 2004 illustrates another example of electoral fraud as well as the criminal negligence of the Election Commission in ensuring the free and fair conduct of elections.

RM 218 million is more than the total amount of money that is legally permissible to be spent on an election by more than double.  A simple walk around Permatang Pauh would give any observer reason to suspect similar breach of the Election laws by the Barisan Nasional in this by-election.  Expenditures on printing aside, we call upon Barisan to account for the millions more spent on paying people to post materials, paying to bring workers from around the country to work in Penang.

We are particularly concerned about the concerted effort to decrease voter turnout in this coming election.  The scheduling of polling day on Tuesday, the first time in history that a polling date was set on a weekday.

We are also aware of money being paid to PP voters to dissuade them from going to the polls or to preoccupy them with other activities such as shopping so that they will not vote on August 26th. We also know that some individuals are having their IC’s photocopies under the ruse that this is necessary for UMNO workers to document their campaign work.  We condemn this activity in the strongest terms.  Photocopying of ICs is clearly an act of intimidation whereby voters would feel they are being monitored by the government. Furhtermore it is a monitoring mechanism that could be used to position phantom voters on election day.

We have therefore called for the proper use of indelible inks in this by-election to prevent some of the electoral fraud.

We know the Election Commission, working under the instructions of the Prime Minister’s office, will do little to address our concerns. We therefore call upon voters to be vigilant in protecting their democratic rights, monitoring and reporting abuses to the authorities.

Dato’ Salehuddin Hashim
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat

UiTM vs UTAR

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 9:14 pm

dipetik dari http://kickdefella.wordpress.com/

Saya bersetuju dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor supaya pintu UITM di buka kepada golongan bukan Bumiputera.

1. Saya bagaimanapun percaya jika pintu itu dibuka, ia tidak akan mendapat sambutan yang baik dari mahasiswa-mahasiswa bukan bumiputera kerana ianya sebenarnya sudah terlewat.
2. Di dalam polemik Melayu mahukan universiti khas untuk bumiputera, Melayu telah buta dari memikirkan komplikasinya.
3. Atas dasar politik, selepas pilihanraya 1999, apabila UMNO terngadah dengan merosotnya sokongan pengundi Melayu kepada mereka, UMNO menerima usul untuk menaiktaraf Institut Teknologi Mara kepada sebuah universiti dengan harapan mendapat semula sokongan Melayu.
4. Apa yang orang-orang Melayu tidak sedar, apabila membuka pintu kepada ITM menjadi UITM, pemimpin Melayu dalam kerajaan juga mendapat tekanan dengan pelbagai tuntutan yang sama dari Bukan Bumiputera yang pada tahun 1999 setia mengundi Barisan Nasional.
5. Akibatnya, pemimpin-pemimpin Melayu terpaksa meluluskan tuntutan yang sama kepada bukan bumiputera.
6. Di dalam menjamin ketuanan UMNO yang ketika itu bergantung kepada pengundi bukan bumiputera untuk menerajui negara, maka MCA, Gerakan dan MIC diberi hak untuk menubuhkan universiti-universiti mereka sendiri untuk anak bangsa mereka.
7. Kerana mahu memiliki satu Universiti khas untuk bumiputera, menjadi taksub sehingga buta melihat bahawa tindakan mereka menyebabkan kerajaan terpaksa memberi hak kepada kaum-kaum lain juga memiliki mereka sendiri.
8. Satu ketika dahulu, Orang Melayu bertungkus lumus menekan kerajaan tidak memberi hak kepada penubuhan Universiti Merdeka yang diusulkan oleh bukan bumiputera.
9. Tetapi selepas di sogok dengan satu Universiti Bumiputera, kita pun berpuashati dan senyap sunyi dan buta tuli terhadap universiti-universiti lain yang ditubuhkan oleh bukan Melayu tumbuh seperti cendawan.
10. Dari segi prestij, UITM masih sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai dasar-dasar yang rigid.

Tetapi ambil contoh univerisiti milik MCA, Universiti Tunku Abdul Rahman adalah sebuah IPTS dan mendapat begitu banyak bantuan kewangan dari luar.

1. UTAR membuka pintu kepada semua kaum dan yurannya adalah di antara yang terendah.
2. UTAR mempunyai kemudahan serba moden dengan setiap fakulti mempunyai perpustakaan mereka sendiri.
3. UTAR kini mempunyai kampus yang amat conducive untuk menjana minda mahasiswanya di Kampar, tapak yang diberi percuma oleh Tajol Rosli dan Kerajaan Perak di bawah pimpinan UMNO.
4. Sebagai seorang yang pernah mengajar di UTAR, saya sendiri merasakan kehebatan dan kesungguhan UTAR untuk menjadi yang terbaik dan oleh sebab itu saya sehingga hari ini yakin bahawa didalam jangka masa yang tidak lama lagi, UTAR akan meninggalkan UITM di belakang.
5. Tapi orang Melayu tidak kisah, mereka hanya suka bercakap pasal ketuanan Melayu tetapi yang penting bagi mereka ialah menang sorak, kampung tergadai pun tak mengapa.

August 19, 2008

Kisah Cinta Politik

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 1:31 am

nukilan Anak Rajawali
Pada mulanya, seorang gadis (Yat) menyukai seorang jejaka (Am). Tetapi, selepas Yat memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Am, Am mengkhianati Yat dengan pelbagai cara. Menipu, menindas, duit Yat digunakan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, perasaan Yat terhadap Am mula pudar.

Yat cuba untuk menyedarkan Am, tetapi Am tidak ambil peduli dan tidak mendengar rintihan Yat. Yat pasrah. Perasaan eram dan benci terhadap Am tertanam di hati Yat. Dalam masa kepasrahan Yat itu, muncul seorang jejaka yang bernama Adil. Adil mengetahui masalah yang dihadapi Yat. Adil berazam untuk membantu dan mengambil hati Yat, Adil simpati melihat keadaan dan nasib Yat di atas kekejaman Am.
“Bagaimana Am sanggup menghianati Yat yang telah lama menyukai Am? Tiada belas kasihankah di hati Am?” Tanya hati kecil Adil.

Kerana perasaan kebencian dan geram terhadap Am, Yat menyatakan yang dia bersedia menerima Adil sebagai pengganti Am, walau pada mulanya tiada perasaan cinta Yat terhadap Adil. Namun, lama-kelamaan, setelah mengenali hati budi Adil dengan lebih dekat, didapati Adil sememangnya ikhlas dan lebih baik daripada Am. Dalam tidak sedar, Yat telah mencintai Adil, walau pada mulanya Yat membuat keputusan untuk bersama Adil hanya kerana geram dan benci kepada Am.

Kini, hati Yat telah diserahkan kepada Adil. Adil terus menyayangi Yat deengan sepenuh hati dengan menjaga hati dan kebajikan Yat sepenuhnya. Yat berasa amat selesa semenjak bersama Adil dan Yat yakin Adil akan terus menyayanginya seperti sekarang.

Nasib Am pula tidak menentu selepas kehilangan Yat. Am terus dengan perangai lamanya, bersosial, minum arak, berzina dan bermain judi. Dalam masa itu, Am cuba untuk menagih kasih dan simpati kekasih lamanya (As).As adalah seorang gadis bertudung dan kuat pegangan agamanya. As yang juga sahabat baik kepada Adil, tidak bodoh. Mustahil As ingin menerima kembali Am kerana dahulu Am telah meninggalkan As setelah mendapatkan Yat. Kini, selepas Yat pergi meninggalkan Am, barulah Am terhegeh-hegeh untuk kembali bersama As.

Kesudahannya, Yat berbahagia dengan Adil manakala tinggallah Am keseorangan, terkapai-kapai mencari rakan. Yat juga menerima baik As sebagai sahabat karib Adil.

Yat- RAKYAT
Am – UMNO
Adil – PKR
As – PAS

Universiti ini Tahan Malu. (UiTM)

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 1:29 am

Nukilan Anak Rajawali

Penulis merasa hairan, bagaimana ramai penganalisis politik berpendapat bahawa saranan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid untuk UiTM membuka kuota 10% kepada bukan Melayu adalah bermotifkan politik semata-mata. Namun, penulis tidak menyalahkan sepenuhnya kepada mereka kerana mereka adalah sebahagian daripada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menjadi produk media arus perdana yang dikawal secara dayus oleh kerajaan Barisan Nasional yang didukungi UMNO yang sememangnya sebuah parti perkauman. Mungkin sepanjang hidup mereka, hanya TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST yang menjadi sajian mereka untuk memenuhkan dan mengenyangkan minda mereka. Walaubagaimanapun, sebagai penganalisis politik, pemikiran mereka perlu lebih neutral, terbuka, rasional dan mereka harus rujuk kembali sejarah yang telah tertulis sebagai bahan rujukan sebelum membuat memberi sebarang komen. Mengapa ketika TINDAKAN (bukan sekadar cadangan) Tun Mahathir memberi peruntukan tempat sebanyak 10% kepada bukan Melayu untuk belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), tangan dan kaki mereka seolah-olah diikat dan lidah mereka pula kelu seribu bahasa?

Apa bezanya antara MRSM dan UiTM? Kedua-duanya adalah cetusan sebuah organisasi yang penubuhannya adalah untuk membantu Melayu, iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Mengapa kini, selepas Tan Sri Khalid memberi CADANGAN (bukannya tindakan – sekadar cadangan), pemimpin-pemimpin UMNO tiba-tiba berkokok seperti ayam jantan, tapi malangnya ayam jantan itu hanya berani berkokok di gelanggang sendiri… Jaguh kampung namanya. Tun Mahathir sendiri pernah menyatakan cadangan untuk membuka UiTM kepada bukan Melayu pada tahun 2002, tapi mengapa tiada demonstrasi pelajar-pelajar UiTM seperti baru-baru ini? Mengapa Naib Canselor, Ibrahim Abu Shah tidak mengadakan sidang media mengecam cadangan Tun Mahatir dan seterusnya mengugut Tun Mahahir untuk membawa isu ini ke mahkamah? Adakah kerana Ibrahim Abu Shah sendiri adalah bekas ahli UMNO (atau masih)?

Ikhlaskah para ‘pejuang Melayu’ ini?

UiTM kelas dunia? Tempat letak kereta tidak mencukupi, kemalangan jalan raya yang serius berlaku di dalam UiTM, peralatan pembelajaran tidak mencukupi… kelas duniakah? Ya, kelas dunia ketiga.

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.