Saya ingin menyambung sedikit penulisan saya di bawah ni, yang bertajuk “PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat.”
Selepas membaca blog Datuk Zaid Ibrahim, saya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa supaya PAS tidak mengikut cara UMNO yang menjadi parti dominan di dalam BN. Jangan kata PAS, PKR dan DAP sekalipun pada hemat saya tidak perlu untuk menunjukkan siapa yang terkuat atau yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat.
Belajarlah apa itu perkongsian kuasa, apa itu pengorbanan, apa itu tolak-ansur dan ‘mutual understanding’. PKR,PAS dan DAP ini adalah parti-parti yang begitu kuat ideologinya, dan ideologi setiap parti ini seperti yang kita tahu dan nampak dengan jelas, adalah berbeza, mungkin sungguh berbeza. Dan disinilah akan berlaku pergeseran, pertelingkahan dan perbezaan pendapat, oleh itu ketiga-tiga parti ini harus mengamalkan ‘win-win situation’, oleh kerana sememangnya apa-apa keputusan yang diambil tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.
Oleh yang sedemikian, saya memohon kepada semua penyokong PKR, PAS dan DAP supaya lebih memahami pemimpin-pemimpin atasan mereka yang kadang-kadang tidak dapat memenuhi sepenuhnya kehendak dan kemahuan mereka. Tidak mudah untuk berkongsi kuasa, ianya akan memakan masa yang agak panjang dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Tetapi, jangan jadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai pelebur semangat dan usaha kita,kita sepatutnya belajar daripada sesuatu yang tampak seperti mustahil itu untuk terus mempertingkat dan memperbaiki parti dan jentera kita.
p/s: PSM, SAPP, SNAP dan Malaysia Makkal Sakti Party(MMSP) tidak mahu sertai Pakatan Rakyat kah? Dah ada 7 atau 8 parti, bolehlah Pakatan Rakyat didaftarkan.
Assalamualaikum and good day saudara,
Saya juga seorang pemuda/muda berusia 23 tahun. Saya juga seorang ahli PR dan sungguh tertarik dengan tulisan saudara. Betul, saya cadangkan apa sekali pun kesilapan yang dilakukan samada dari DAP, PAS atau PKR perlulah dibawa berbincang dan berilah kemaafan sesamanya. Betul saudara, bukan mudah untuk berkongsi kuasa. Sifat pemaaf perlu hidup antara kita. Saya harap sedikit salah faham ini dapat mewujudkan lagi keserasian antara komponen PR. Dalam suami isteri pun, pergaduhan kecil akan membawa kasih sayang dan keserasian yang lebih erat, bukan.:)
Cuma tentang PSM, SAPP, SNAP, MMSP untuk menyertai PR. Saya galakkan, tetapi mereka perlu bersifat multi-racial, bukan lagi tertumpu untuk 1 kaum sahaja. Pendapat saya yang daif ini lebih suka jika mereka menyertai PR atas name DAP, PAS atau PKR dan bukan atas name parti mereka lagi. Cukuplah 3 parti komponen sahaja. Sebab PR pun baru setahun jagung. Ditakuti terlalu banyak parti komponen akan menyukarkan pentadbiran.
Yang terakhir, tanamlah keikhlasan jika menyertai PR. Jika anda ikhlas menyertai PR, amatlah puas bagi pengikutnya memperjuangkan PR selama ini. Seperti mahu merdeka kali kedua.:) Itu sahaja saudara, wassalam.:)
Comment by Azreen — June 14, 2009 @ 9:56 am |