Ketuanan Rakyat

June 7, 2009

PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat.

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 12:49 am

salam..
sedih melihat PAS seolah-olah berpuak..
kenapa bertelagah sesama sendiri di dalam PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri?
Orang UMNO tgk, Utusan tgk kita, depa gelakkan kita..
apa kisah orang Husam atau Erdogan, apa kisah org Nasharuddin atau Ulama?
itu propaganda media arus perdana, dan propaganda itu skrg sedikit sebanyak telah berjaya kerana ahli PAS bergaduh sesama sendiri kerana isu ulama tak ulama ni..

kembalilah bersatu org nasharuddin ke..org husam..bersatulah..
kita perlu eratkan dan perkukuhkan sesama kita..sesama PAS..sesama Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia 2013 nanti..

PKR takkan berjaya tanpa PAS dan DAP..DAP takkan berjaya tanpa PKR dan PAS..dan PAS juga takkan berjaya dengan sendirinya utk memerintah Malaysia dengan sendirinya tanpa PKR dan DAP..
kita memerlukan satu sama lain..

nak kerjasama dengan UMNO buat apa?
kalau nak cakap DAP tolak Negara Islam dan hudud, apa bezanya UMNO?
UMNO nak Negara ISlam?UMNO nak undang2 hudud? juga tidak, walaupun ahlinya 100% Islam dan Melayu…kalau macam tu apa beza UMNO dan DAP?
baik kekal dengan DAP, DAP lebih telus daripada UMNO..UMNO rosak dan corrupt,dah sebati.. UMNO dah memerintah 50 tahun pun tak laksana hudud,itu lagi teruk..parti2 lain seperti DAP tak memerintah lagi pun,kalau nak laksana pun memang tak boleh..ini parti yang dah 50 tahun memerintah sendiri taknak laksana, PAS masih nak kerjasama lagi dengan parti yang mcm tu?

Tok Guru sendiri dah cakap, buat apa nak kerjasama dgn UMNO? tak ingat ke macammana PAS ditendang keluar dulu? kalau skrg ni PAS kerjasama dgn UMNO, bermaksud PAS terjerat dengan perangkap UMNO mcm dulu..UMNO skrg terkapai2, buat muka kesian, kita sambut tangan UMNO, angkat mereka, mereka akan tendang kita jatuh kembali..percayalah..sejarah telah menunjukkan..

1 Comment »

  1. Setuju.
    Siapa pun yang dilantik, PKR dan DAP pun perlu pandai menyesuaikan diri dengan kedudukan PAS. Sebagaimana PAS memerlukan DAP dan PKR, PKR dan DAP juga memerlukan PAS. Sebagaimana Ulama memerlukan professional, professional jauh lebih memerlukan ulama. Jangan bergaduh, bersatu lebih baik. Yand patut ditolak hanya penipu dan hipokrit.

    Comment by wisdombin — June 7, 2009 @ 12:53 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.