Nukilan Anak Rajawali.
Ini adalah jawapan kepada sesiapa yang mengatakan Anwar telah menipu rakyat.
anwar menipu?sebentar..
boleh jawab soalan ni?
1.Pak Lah bersetuju atau tidak untuk bertemu dgn Anwar untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa yang ingin dilakukan secara lancar?jelas,jawapan pak lah, TIDAK. Dayus.
2.Pak Lah bersetuju atau tidak untuk mengadakan sidang parlimen tergempar pada 23 september mengenai undi tidak percaya terhadap beliau sendiri(pak lah)? jawapannya TIDAK. DAYUS lagi.
3.Siapa yang DAYUS dengan mengarahkan Ahli2 Parlimen BN pergi ke Taiwan,kononnya pergi belajar mengenai pertanian?cukuplah,jgn menipu rakyat.
sehingga detik ini,siapa yang boleh tunjukkan saya hasil2 ‘lawatan sambil belajar’ itu?
hurm..dayus..dayus…dan dayus
4.Anwar menipu? Satu perkara perlu diingatkan, BN menang pilihanraya 2008 dengan satu janji. Janji apa?
Najib mengatakan, “HARGA MINYAK TAKKAN NAIK TAHUN INI(2008)”. Tapi apa jadi?naik tak naik?
banyak implikasi negatif telah berlaku kerana kenaikan harga minyak yang begitu mendadak. antaranya kadar inflasi yang mencecah 8 peratus (tertinggi dalam sejarah 51 tahun Malaysia),harga barang2 keperluan lain juga melambung. Walau kerajaan sudah turunkan harga minyak skrg, tp perlu diingat bahawa:-
a)harga skrg masih mahal daripada dulu(rm1.92 seliter)
b)padahal,harga minyak dunia sekarang lebih rendah berbanding harga minyak dunia semasa harga petrol di malaysia masih rm1.92 seliter.
c)harga barang2 keperluan lain masih lagi tinggi walau harha minyak sudah diturunkan.
persoallannya skrg,berbalik kepada kisah menipu rakyat,Najib yang menipu rakyat dgn mengatakan HARGA PETROL TAKKAN NAIK TAHUN INI. Semata2 mahu memancing undi rakyat.ini juga dayus. menang dengan penipuan.
takkanlah najib pada ketika itu tidak tahu yang harga minyak pasaran global sedang meningkat naik ketika itu?
Sabtu, 2008 November 08
Ketuanan Rakyat : Fahaman Karut Lagi Kolot
Ketuanan Rakyat adalah fahaman karut lagi kolot. Fahaman ini dilihat terlalu kabur kerana belum jelas dasar dan prinsip-prinsipnya. Perjuangan ketuanan rakyat adalah mirip atau menyamai fahaman liberal dan sosialis. Fahaman atau ideologi ini kononnya mahu memberi peluang keadilan dan kesamarataan kepada seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Marilah kita sama-sama berfikir perkara-perkara di bawah ini;
1. Rakyat memilih pemimpin tidak kira apa agama dan bangsa pemimpin tersebut. Maka pemimpin yang dipilih sudah tentu mengikut kaca mata dan selera rakyat. Jelasnya mengikut keyakinan agama, tahap akademik dan pengalaman rakyat.
2. Jika majoriti rakyatnya bodoh, maka tentulah mereka memilih pemimpin yang bodoh juga. Jika majoriti rakyatnya suka rasuah, maka pemimpin yang dipilih tentulah juga dari kalangan yang suka bagi rasuah.
3. Mungkin terdapat pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat cuba membuat sesuatu rancangan untuk mengubah minda atau sikap rakyat sedangkan tindakan demikian kadang-kadang boleh mengundang kemarahan atau kebencian rakyat.
4. Jika terjadi demikian rakyat akan mengancam untuk menjatuhkan pemimpin tersebut. Hasilnya pemimpin yang dipilih tidak akan berbuat apa-apa perubahan jika menimbulkan kemarahan atau kebencian rakyat.
5. Sekiranya sesebuah negara itu jumlah penduduk yang bijak hanya sedikit, maka rakyat yang bijak tidak mungkin berjaya memilih pemimpin yang bijak. Jika mereka yang bijak berjaya menjadi pemimpin tentulah kerana telah berjaya memanipulasi kebodohan rakyat. Ketuanan rakyat sudah tiada lagi.
6. Sekiranya terjadi majoriti rakyat adalah bijak dan pandai, maka tentulah mereka akan memilih pemimpin yang bijak dan pandai juga. Persaingan di kalangan bijak pandai belum menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan rasuah. Sedangkan jenayah rasuah kerap berlaku di kalangan bijak pandai terutama jika mereka berkuasa.
7. Jika kriteria pemimpin yang patut dan wajar dipilih adalah di kalangan mereka yang bijak pandai, maka tentulah rakyat kena lebih bijak untuk boleh menilai siapa yang bijak atau tidak. Jika rata-rata rakyatnya tidak pandai maka bagaimana mereka dapat menilai orang yang bijak dan pandai untuk dipilih sebagai pemimpin?
8. Jaminan seseorang yang akan memimpin tidak berlaku penyelewengan dan rasuah bukanlah ditentukan oleh kebijaksanaan dan kepandaian sebelum menjadi pemimpin. Terjadinya pemimpin menyeleweng dan rasuah adalah kerana peluang yang terbuka di hadapan mata setelah berkuasa.
9. Kebiasaannya pemimpin yang dipilih oleh rakyat mempunyai dua kumpulan rakyat. Penyokong dan penentang atau yang tidak menyokong.
10. Belum terbukti bahawa pemimpin yang dipilih rakyat mampu memenuhi dan menyamaratakan peluang kepada semua rakyat. Kebiasaan yang terjadi pemimpin yang dipilih rakyat akan menunaikan kehendak penyokongnya terlebih dahulu. Ini kerana penyokong sentiasa mendesak dan mengancam supaya membalas budi atau undi mereka.
11. Kumpulan yang menggunakan konsep ketuanan rakyat biasanya sebelum berkuasa lagi telah menidakkan kumpulan rakyat yang tidak menyokong mereka. Mereka telah bersikap tidak adil dan tidak sama rata terhadap golongan yang belum menerima ideology sosialis itu. Apakah jika setelah mendapat kuasa mereka boleh berlaku adil atau sama rata?
12. Konsep Ketuanan Rakyat adalah hujah golongan yang cuba memanipulasi rakyat sebenarnya. Belum pernah terbukti bahawa rakyat dapat menguasai pemimpin setelah berjaya dipilih menjadi pemimpin.
jom baca sambungannya….http://nawawidahalan.blogspot.com/
Comment by nawawidahalan — November 10, 2008 @ 10:42 am |
sayang seribu kali sayang..
dalam 46 points yang anda beri, sangat sedikit yang boleh pakai…
ini adalah salah satu bukti yang sangat baik mengenai kejumudan minda..begitu jumud..
ketuanan rakyat kolot?mengarut?
anda mengatakan ketuanan rakyat tidak jelas?kabur? kalau benar tidak jelas dan kabur,anda sendiri tentu tidak mengetahui apa itu ketuanan rakyat..jadi bagaimana,dalam keadaan anda sendiri yang tidak tahu,anda boleh bagi 46 points yang kebanyakkannya juga kolot dan mengarut ini?
mungkin ketuanan rakyat itu kolot dan mengarut bagi anda,tp bagi kami yang memperjuangkan ketuanan rakyat,kami tahu apa itu ketuanan rakyat dan kami tidak terusik sedikitpun dengan penolakkan terhadap ketuanan rakyat ini dari seorang individu yang tiada kredebiliti seperti anda..ibarat hanya sebutir pasir di tepian pantai..
negara ini bukan UMNO yang punya, bukan NAJIB yang punya,tapi rakyat yang punya. Ketuanan Rakyat adalah untuk mengingatkan kerajaan supaya mereka tidak berbuat sesuka hati tanpa mengira perasaan rakyat melayu,cina, india mahupun bumiputera..
rakyat menolah rasuah dan segalanya,kerana wang cukai rakyat adalah salah satu pendapatan utama kerajaan,jangan lupa dan jangan sewenang2nya membazirkannya dan mengembungkan poket sendiri!!!
Ketuanan Rakyat lebih baik daripada ketuanan melayu. Ketuanan Melayu Mengarut Lagi Kolot..kolot kerana Ketuanan Melayu sudah lama dipekik2kan,tp hasilnya tiada..rakyat melayu di mana skrg?capaikah 30% ekuiti oarng melayu? Permit teksi,adakah pemandu2 teksi melayu yang dapat?tidak,pembesar2 melayu UMNO yang dapat. Approved Permit (AP),siapa yang dapat?adakah rakyat melayu yang membawa motokar di jalan raya dapat AP?tidak,pembesar melayu UMNO yang dapat..saham2 melayu,tanah rezab melayu,siapa yang menggadaikannya?siapa yang kaya,rakyat melayu ataupun pembesar2 melayu UMNO?
jadi,Ketuanan Rakyat adalah lebih baik dengan KETUANAN Pembesar2 MELAYU Umno kerana Ketuanan Rakyat lebih besar skopnya,lebih mementingkan integiriti pemimpinnya,dan mendokong aspirasi rakyat secara keseluruhannya.
Comment by ketuananrakyat — November 13, 2008 @ 7:37 am |
Good news everyone. From now on, town councils will be accountable to residents!!!!!
Comment by Peter — November 22, 2008 @ 10:30 pm |
anda yang tidak tahu undang-undang. percaya ajalah apa badut 16 september tu ckp. baca ni celik kan mata, terangkan hati!
http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/01/kisah-ahli-nujum-yang-bodoh/
Comment by Dr.Sid — December 3, 2008 @ 8:32 pm |
ingin tahu kenapa ezam tinggalkan pkr
hubungi no berikut
0122045858
satu lagi tuan mempercayai laporan hospital dalam kes saiful kononnya tiada bukti liwat, tuan juga bersetuju anwar dibebaskan dalam kes tahun 1998, tetapi tidak percaya kepada keputusan hakim yang menyatakan kejadian liwat sebenarnya berlaku,tetapi anwar dibebaskan dari masalah teknikal. teknikal ni contohnya saksi kata pakai baju hitam, tapi sebenarnya putih.
kalautuan tak terima sebarang perkara negatif tentang anwar tak payah bincangle, maknanya semau yang anwar buat adalah betul, padahal anwar telah memperokperandakan rakyat malaysia sejak tahun 1998 sehingga kini.
hubungi no di atas jika tuan seorang yang mencari kebenaran.
Comment by jiwa merdeka — June 30, 2009 @ 5:44 am |
kepada pakatan rakyat, kalau nak bela rakyat sekalipun tak perlulah dengan sengaja menggantikan perkataan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat, pilihlah perkataan lain seperti keutuhan rakyat, keadilan rakyat dsbnya. bila kita orang melayu membuat begini,orang bukan melayu juga akan mengubah perkataan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat, nampa sangat seperti menghina orang-orang melayu yang menjadi penduduk asal semenanjung tanah melayu ini.
ramai orang-orang melayu tidak faham konsep ketuanan melayu ; ketuanan melayu bermaksud orang-orang melayu adalah tuan kepada semenanjung tanah melayu ini, dan orang-orang cina dan india telah datang ke tanah melayu ini untuk mencari sesuap nasi, mereka telah dilayan dengan baik sebagai tetamu, orang-orang melayu juga telah melakukan pengorbanan yang besar dengan memberikan hak kerakyatan kepada mereka. belum ada mana-mana negara pernah buat begitu. merek juga dibenarkan membuka sekolah-sekolah aliran cina dan tamil. tidak baik lagikah tuanrumah ini? apaka kini tetamu-tetamu ini tadi ingin menggigit orang-orang melayu?
kepada orang-melayu tak kira pas, umno dan pkr, bersatulah. janganlah asyik bertelagah ssesama sendiri. orang melayu telah ketinggalah dalam bidang ekonomi, dan kini dalam bidang politik, dalam 10 ke 20 tahun lagi saya percaya jika orang-orang melayu terusan bergaduh begini, kita akan di belakang orang2 cina, india. pakistan,indonesia, bangla dan nepal yang tinggal di malaysia ini.
orangmelayu hanya berani tunjuk jantan sesama bangsa.
benar kata hang tuah, takkan hilang melayu di dunia, tapi hang tuah mungkin tak sempat berpesan, yang hak-hak melayu akan hilang kalau melayu berterusan begini. sekarang ni entah berapa banyak tanah bukan lagi menjadi milik melayu
sedih mengenangkan nasib bangsa melayu
kita tak ada negara, kecuali bumi malaysia yang kecil ini, yang kini kita terpaksa berkongsi dengan warga cina, india, benggali, pakistan, indonesia, bangladesh, nepal,arab, afrika dan macam-macam orang ada kat negara ini. orang-orang melayu ramainya jadi penagih, mat rempit,
bangunlah demi memajukan melayu islam di bumi malaysia ini;
orang-orang arab takkan datang nak bangunkan melayu di sini tapi mesti ada melayu yang betul-betul komitted untuk membangunkan melayu selari dengan apa yang islam suruh.
masih belum terlambat untuk kita bersatu, lagipun selepas sembahyang kita sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk semua umat islam di malaysia dan dunia. kita tidak pernah kecualikan mana-mana islam baik dari umno, pas, pkr dll. moga kita sama-sama dapat bersihkan hati. saya mohon maaf jika ada kata-kata yang menyinggung perasaan, tiada niat begitu.
bangunlah melayu islamku di bumi malaysia ini, kita harus kuasai ekonomi dan politik agar kita dapat menguasai negara dan mudah untuk membina mengikut acuan Islam.
Comment by jiwa merdeka — June 30, 2009 @ 6:09 am |