Ketuanan Rakyat

June 18, 2009

LAPORAN HKL: TIDAK ADA BUKTI SAIFUL DILIWAT

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 4:26 am

Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful Azlan Bukhari diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan.

Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.
Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Jadi ini sekaligus membuktikan bahawa segala dakwaan bahawa Saiful diliwat adalah palsu dan tidak berasas. Ini juga bermakna konspirasi Liwat 2 semakin terdedah segala pembohongan. Ternyata kospirasi Liwat 2 dibuat secara caca marba dan tergesa-gesa kerana terdesak. Sewajarnya dakwaan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya melalui Peguam Negara terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim digugurkan serta merta. Adakah DSAI akan dihantar sekali lagi ke Penjara Sungai Buloh semata-mata pengakuan dusta dan palsu Saiful? Jangan biarkan institusi kehakiman negara kita dijadikan lawak jenaka sekali lagi.

Persoalannya apa yang berlaku kepada Saiful? Bagaimana sumpah yang dibuat di masjid Persekutan Jalan Duta? Bagaimana pula pihak yang ditemuinya atas urusan ‘biasiswa’ seperti gambar yang pernah didedahkan oleh Datin Dr Wan Azizah sebelum ini? Bagaimana pula dengan pemimpin Umno yang ditemui di Putrajaya yang sebelum ini memberitahu bahawa Saiful dalam keadaan pucat dan ketakutan? Adakah Saiful diliwat oleh pihak lain atau meliwatkan diri selepas laporan perubatan di PUSRAWI dan HKL mengesahkan dia tidak diliwat?

Laporan yang dikeluarkan oleh HKL sekaligus menjadi tamparan yang paling hebat kepada kerajaan 1 Malaysia yang begitu ghairah dengan isu Liwat 2 sebagai tali hayat mereka dan dalam masa yang sama terus memanipulasi isu kerajaan perpaduan. Laporan perubatan dari HKL ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa Umno hanya menunggu hari-hari akhirnya untuk ditalkinkan.

*aktikel daripada http://angkasanuri.blogspot.com

June 15, 2009

Ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 2:17 am

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

Kalau China boleh dimaafkan, mengapa tidak Chin Peng?

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 2:15 am

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

* PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
* Parti Komunis Malaya dibubarkan
* Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
* Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
* Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

* Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

* Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

June 9, 2009

Kukuhkan Pakatan Rakyat, lupakan UMNO

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 2:22 am
Rakyat cuma mengharap supaya jambatan yang telah dibina tidak diruntuhkan...

Rakyat cuma mengharap supaya jambatan yang telah dibina tidak diruntuhkan...

-pesanan ikhlas daripada Ketuanan Rakyat-

June 8, 2009

PAS, masih belum terlambat…

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 9:21 pm

Salam.
Hari ini jari-jemari saya masih mahu menari-nari di papan kekunci untuk meneruskan isu terkini, sama seperti 2 post saya yang terakhir, yakni mengenai parti PAS.

1. Presiden PAS kata isu kerajaan perpaduan ini telahpun dipersetujui oleh PKR dan DAP.

2. Mursyidul AM PAS kata kerajaan perpaduan ni mengarut,

3. DAP dan PKR kata perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh mereka,dan mahukan penjelasan lanjut dari Presiden PAS.

Daripada ketiga-tiga perkara di atas, adalah lebih afdal kepada Presiden PAS, ataupun sesiapa sahaja yang pemimpin dan ahli-ahli PAS yang menyokong gesaan kerajaan perpaduan ini supaya fikir kembali, apa yang membuatkan PAS sampai ke tahap ini sekarang? Tahap di mana, kaum bukan Islam memberi sokongan kepada PAS pada 8 Mac 2008 dan juga pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang disertai oleh PAS selepas 8 Mac.

Saya pasti, tidak ramai di antara penyokong ataupun ahli-ahli PAS, mahupun pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri mengenai kejayaan mereka pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil Bukit Gantang khususnya, apabila PAS menerima undi daripada kaum bukan Islam yang besar jumlahnya. Jadi persoalannya sekarang, mengapa? Jawapannya begitu mudah, pengundi-pengundi ini mengundi parti yang lambangnya selain lambang DALCING (BN). Bukti? PAS menang di kawasan-kawasan multiracial seperti di Perak, bukan hanya di kawasan yang hardcore Melayu seperti di Kedah dan Kelantan.

Mungkin ketika 8 Mac 2008, pengundi-pengundi ini tidak mempunyai pilihan lain kerana perasaan amarah, benci dan mual terhadap BN/UMNO. Oleh itu, mereka mengundi parti lain, iaitu PKR,DAP dan termasuklah PAS. Dan sokongan ini diteruskan, malah terus bercambah semasa pilihanraya-pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008.

Sokongan Melayu mungkin boleh disimpulkan terpecah kepada 2, kepada PAS/PKR dan BN/UMNO. Tetapi bagi Cina dan India, sokongan mereka jelas memihak kepada PKR/DAP/PAS. Itu jika kita lihat daripada pecahan mengikut kaum. Dari segi pecahan umur, rakyat muda belia (seperti saya) juga jelas dan terang-terangan memihak kepada PKR/DAP/PAS. Bukti? Selepas secara rasmi BN kalah di Pulau Pinang, anak-anak muda berbangsa Melayu, samada menaiki motor atau berjalan kaki, berarak dengan mengibar bendera DAP. Bila dan di mana lagi fenomena ini pernah dilihat atau akan dilihat sekali lagi?

Oleh itu, amatlah mendukacitakan jika para pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS terus menokong gesaan kerajaan perpaduan dan berbincang dengan UMNO, kerana sokongan serta kekuatan yang PAS ada sekarang adalah hasil kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Saya berasa sangat gusar, jika pemimpim-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya yang menyokong kerjasama dengan UMNO ini diteruskan, PAS akan kehilangan sokongan yang telah diterimanya sebelum ini, dan ini secara tidak langsung akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Harus diingat, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang dengan janjinya. PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan sudah tentu ada perjanjian yang sudah termetrai di antara ketiga-tiga parti ini, janganlah memungkiri janji dan ‘mutual understanding’ yang telah dicapai. Pintalah persetujuan daripada PKR dan DAP dahulu sebelum meneruskan kerjasama dengan UMNO, hormatilah dan jagalah perasaan rakan-rakan kita, jangan kita mudah lupa apa yang membawa kita ke tahap sekarang.

Saya khuatir, PAS bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada kaum bukan Islam tetapi juga daripada pengundi-pengundi muda.
Masih belum terlambat…

Pakatan Rakyat Tidak Perlu Parti Dominan

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 2:39 am

Saya ingin menyambung sedikit penulisan saya di bawah ni, yang bertajuk “PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat.”

Selepas membaca blog Datuk Zaid Ibrahim, saya bersetuju dengan pendapat beliau bahawa supaya PAS tidak mengikut cara UMNO yang menjadi parti dominan di dalam BN. Jangan kata PAS, PKR dan DAP sekalipun pada hemat saya tidak perlu untuk menunjukkan siapa yang terkuat atau yang berkuasa dalam Pakatan Rakyat.

Belajarlah apa itu perkongsian kuasa, apa itu pengorbanan, apa itu tolak-ansur dan ‘mutual understanding’. PKR,PAS dan DAP ini adalah parti-parti yang begitu kuat ideologinya, dan ideologi setiap parti ini seperti yang kita tahu dan nampak dengan jelas, adalah berbeza, mungkin sungguh berbeza. Dan disinilah akan berlaku pergeseran, pertelingkahan dan perbezaan pendapat, oleh itu ketiga-tiga parti ini harus mengamalkan ‘win-win situation’, oleh kerana sememangnya apa-apa keputusan yang diambil tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.

Oleh yang sedemikian, saya memohon kepada semua penyokong PKR, PAS dan DAP supaya lebih memahami pemimpin-pemimpin atasan mereka yang kadang-kadang tidak dapat memenuhi sepenuhnya kehendak dan kemahuan mereka. Tidak mudah untuk berkongsi kuasa, ianya akan memakan masa yang agak panjang dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Tetapi, jangan jadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai pelebur semangat dan usaha kita,kita sepatutnya belajar daripada sesuatu yang tampak seperti mustahil itu untuk terus mempertingkat dan memperbaiki parti dan jentera kita.

p/s: PSM, SAPP, SNAP dan Malaysia Makkal Sakti Party(MMSP) tidak mahu sertai Pakatan Rakyat kah? Dah ada 7 atau 8 parti, bolehlah Pakatan Rakyat didaftarkan.

June 7, 2009

PAS, bersatulah kembali untuk rakyat dan Pakatan Rakyat.

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 12:49 am

salam..
sedih melihat PAS seolah-olah berpuak..
kenapa bertelagah sesama sendiri di dalam PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri?
Orang UMNO tgk, Utusan tgk kita, depa gelakkan kita..
apa kisah orang Husam atau Erdogan, apa kisah org Nasharuddin atau Ulama?
itu propaganda media arus perdana, dan propaganda itu skrg sedikit sebanyak telah berjaya kerana ahli PAS bergaduh sesama sendiri kerana isu ulama tak ulama ni..

kembalilah bersatu org nasharuddin ke..org husam..bersatulah..
kita perlu eratkan dan perkukuhkan sesama kita..sesama PAS..sesama Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia 2013 nanti..

PKR takkan berjaya tanpa PAS dan DAP..DAP takkan berjaya tanpa PKR dan PAS..dan PAS juga takkan berjaya dengan sendirinya utk memerintah Malaysia dengan sendirinya tanpa PKR dan DAP..
kita memerlukan satu sama lain..

nak kerjasama dengan UMNO buat apa?
kalau nak cakap DAP tolak Negara Islam dan hudud, apa bezanya UMNO?
UMNO nak Negara ISlam?UMNO nak undang2 hudud? juga tidak, walaupun ahlinya 100% Islam dan Melayu…kalau macam tu apa beza UMNO dan DAP?
baik kekal dengan DAP, DAP lebih telus daripada UMNO..UMNO rosak dan corrupt,dah sebati.. UMNO dah memerintah 50 tahun pun tak laksana hudud,itu lagi teruk..parti2 lain seperti DAP tak memerintah lagi pun,kalau nak laksana pun memang tak boleh..ini parti yang dah 50 tahun memerintah sendiri taknak laksana, PAS masih nak kerjasama lagi dengan parti yang mcm tu?

Tok Guru sendiri dah cakap, buat apa nak kerjasama dgn UMNO? tak ingat ke macammana PAS ditendang keluar dulu? kalau skrg ni PAS kerjasama dgn UMNO, bermaksud PAS terjerat dengan perangkap UMNO mcm dulu..UMNO skrg terkapai2, buat muka kesian, kita sambut tangan UMNO, angkat mereka, mereka akan tendang kita jatuh kembali..percayalah..sejarah telah menunjukkan..

May 27, 2009

Imbasan Tragedi Kejam Memali Angkara Zionis Malaysia

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 12:57 am

Salah seorang yang terkorban akibat kekejaman regim zionis di Malaysia

Salah seorang yang terkorban akibat kekejaman regim zionis di Malaysia


Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian lagi mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.

Baling merupakan sebuah daerah yang dikaitkan dengan pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya pada tahun 1955. Baling dikejutkan lagi pada tahun 1974 berikutan insiden kebuluran pada era Anwar Ibrahim menjadi pemimpin pelajar. Seterusnya Baling dikejutkan dengan Peristiwa Memali.

Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video oleh RTM1. Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.

Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.

Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.

Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah DIPAKSA membuat pengakuan berkenaan.

p/s: DIPAKSA. Inilah bentuk pemerintahan yan dikatakan adil dan menjaga hak semua kaum laungan regim BN/UMNO. Dah cukuplah, dah lama dah rakyat Malaysia terutama orang Melayu ditipu, 50 dah diperbodohkan oleh media arus perdana.

December 22, 2008

Ketuanan Melayu yang Mengarut dan Tiada Guna

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 5:32 am

Nukilan, Anak Rajawali

pertama,sebenarnya istilah ‘Ketuanan Melayu’ tidak perlu wujud sama sekali..
kenapa..?
kerana dalam perlembagaan,sudah jelas mengatakan dan menyebut Akta 152,153 yang secara sahih menunjukkan bahawa orang melayu dan bumiputera akan dijaga hak mereka..
jadi apa perlunya lagi istilah ‘Ketuanan Melayu’ ni jika dalam perlembagaan Malaysia sendiri sudah menyebut bahawa hak kita sbagai orang melayu ini sudah termaktub?

kedua,siapa yang memperjuangkan ‘Ketuanan Melayu’ ini? Parti politik mana? Lain dan tidak bukan gerombolan UMNO..UMNO sendiri namanya tidak menggunkan bahasa melayu..nak perjuangkan melayu,tukar dulu nama UMNO tu..nampak sangat minda masih dijajah oleh British.
UMNO memperjuagkan Ketuanan Melayu ini kerana apa?Kerana,inilah satu2nya cara untuk survive dalam arena politik sekarang,ataupun boleh kita panggil political millage untuk menyambung talian hayat karier politik mereka, dengan cara seolah2 mereka lah hero kepada orang2 melayu..

itu baru mukadimah..ini isi2nya..
ketuanan melayu..?
berapa tahun dah ketuanan melayu ni?51 tahun..
51 tahun,kita tgk lah skrg ni tahap orang melayu di mana..
khususnya orang melayu di pulau pinang dipinggirkan,walaupun berpuluh tahun di bawah pentadbiran BN… ekuiti orang melayu masih belum mencapai sasarannya walaupun 51 tahun di bawah pemerintahan yang kononnya ketuanan rakyat melayu ni..
ORANG2 MELAYU, JANGANLAH JADI BODOH..JANGAN MUDAH PERCAYA.. YA, NAMANYA KETUANAN MELAYU, TETAPI BUKAN KETUANAN RAKYAT MELAYU, TETAPI KETUANAN PEMBESAR2 MELAYU UMNO YANG SEBENARNYA..

-tolong jawab kenyataan ini-
sebagai bukti,siapa yang mendapat permit teksi?adakah pemandu2 teksi melayu??tidak,menteri melayu yang dapat sampai beribu2..
Approved Permit (AP),siapa yang dapat?adakah kita rakyat Melayu yang memandu kereta di jalanraya?tidak,kroni2 besar melayu yang dapat, di mana sebuah syarikat mendapat 8000 ribu lebih AP,dan hanya 77 sahaja syarikat di dalam Malaysia ini yang mendapat AP..kenapa hanya 77?kroni?ya..apa lagi kalau bukan kroni?
tanah ini tanah kita..ya..tanah melayu..
kecurian pasir secara besar2an di johor baru2 ini,apa crita?di bawah pemerintahan siapa?dari parti mana Menteri Besarnya? Hanya tutup mata sahaja,di depan pasir atau tanah melayu hilang..ini baru betol mencuri tanah orang2 melayu namanya..

aku sokong kata2 Hishamuddin Rais,Ketuanan Melayu Haprak!!!
Hanya mengkayakan pemimpin2 besar melayu,dan rakyat melayu yang miskin,terus miskin…
aku ingin memetik kata2 Sultan Selangor, “Malaysia belongs to all races, not just the Malays. The country is what it is today because of the contributions of all races and that is something we must acknowledge.”

kata meor:
tak kira Melayu atau kaum apa pun.. belajar dari sejarah!
dan kepada orang Melayu sendiri yang mempersoalkannya..
jangan nanti kita orang Melayu diusir dari tanah tumpah darah kita sendiri…

aku jawab:
‘belajar dari sejarah!!!’ kata meor dengan penuh lantang dan bersemangat. Tapi bagi aku,aku tidak berbangga jika nak mengatakan Malaysia ini(Tanah Melayu) adalah Melayu yang punya dan Melayu lah tuan kepada Tanah Melayu ini jika ianya diungkapkan atas dasar sejarah!!! ya,sejarah itu betul!!! sejarah tidak pernah menipu!!! tanah melayu ini melayu yang punya!! betul!! aku sokong..
tp,cuba fikir betol2..kosongkan minda,tenangkan jiwa..fikir..
nanti,pada tahun 3030 (bukan 2020),sebagai contoh, jika pada masa itu hanya tinggal seorang sahaja melayu yang ada di tanah melayu ini, si melayu itu boleh menjerit kepada kaum2 lain, “ini tanah aku,ini negara kau..negara ini melayu yang punya,kerana SEJARAHNYA kami penduduk asal.” kalau itulah kata2 si melayu tersebut,memang betol..tidak ada salah walau sekecil kuman pun.. tetapi dia harus sedar,mengapa pada masa itu,hanya tinggal dia seorang sahaja melayu? kerana yang lain mungkin telah pupus ataupun diusir bak kata meor.. maksudnya,tidak ada guna kita berbangga tanah melayu ini melayu yang punya atas dasar sejarah!!!
untuk menjadikan tanak melayu ini melayu yang punya(aku juga ingin melihat sedemikian), bukan atas dasar sejarah,tapi adalah atas dasar USAHA-USAHA ORANG MELAYU PADA MASA KINI DAN PADA MASA HADAPAN UNTUK MEMASTIKAN MELAYU TERUS MAJU DAN SETERUNYA MENJADI PEMEGANG EKONOMI UTAMA DI TANAH MELAYU (MALAYSIA). Jika pada masa hadapan, orang Melayu menjadi dominasi dalam ekonomi dan sebagainya,hasil daripada usaha kita semua, barulah kita boleh berbangga dengan mengatakan, “MALAYSIA INI ORANG MELAYU YANG PUNYA!!!!”
itu baru betol..sekarang ini,kita orang melayu kena buktikan yang kita boleh berjaya,bukan dengan KETUANAN pembesar2 MELAYU, tetapi dengan KETUANAN RAKYAT, di mana Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Jadi,jika Melayu usaha dengan lebih keras, orang melayu akan berjaya. Apakah salah meminta orang melayu berusaha lebih gigih??

November 9, 2008

Siapa kata Anwar tipu rakyat mengenai 16 September?

Filed under: Uncategorized — ketuananrakyat @ 6:23 pm

Nukilan Anak Rajawali.

Ini adalah jawapan kepada sesiapa yang mengatakan Anwar telah menipu rakyat.
anwar menipu?sebentar..
boleh jawab soalan ni?

1.Pak Lah bersetuju atau tidak untuk bertemu dgn Anwar untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa yang ingin dilakukan secara lancar?jelas,jawapan pak lah, TIDAK. Dayus.

2.Pak Lah bersetuju atau tidak untuk mengadakan sidang parlimen tergempar pada 23 september mengenai undi tidak percaya terhadap beliau sendiri(pak lah)? jawapannya TIDAK. DAYUS lagi.

3.Siapa yang DAYUS dengan mengarahkan Ahli2 Parlimen BN pergi ke Taiwan,kononnya pergi belajar mengenai pertanian?cukuplah,jgn menipu rakyat.
sehingga detik ini,siapa yang boleh tunjukkan saya hasil2 ‘lawatan sambil belajar’ itu?
hurm..dayus..dayus…dan dayus

4.Anwar menipu? Satu perkara perlu diingatkan, BN menang pilihanraya 2008 dengan satu janji. Janji apa?
Najib mengatakan, “HARGA MINYAK TAKKAN NAIK TAHUN INI(2008)”. Tapi apa jadi?naik tak naik?
banyak implikasi negatif telah berlaku kerana kenaikan harga minyak yang begitu mendadak. antaranya kadar inflasi yang mencecah 8 peratus (tertinggi dalam sejarah 51 tahun Malaysia),harga barang2 keperluan lain juga melambung. Walau kerajaan sudah turunkan harga minyak skrg, tp perlu diingat bahawa:-

a)harga skrg masih mahal daripada dulu(rm1.92 seliter)
b)padahal,harga minyak dunia sekarang lebih rendah berbanding harga minyak dunia semasa harga petrol di malaysia masih rm1.92 seliter.
c)harga barang2 keperluan lain masih lagi tinggi walau harha minyak sudah diturunkan.

persoallannya skrg,berbalik kepada kisah menipu rakyat,Najib yang menipu rakyat dgn mengatakan HARGA PETROL TAKKAN NAIK TAHUN INI. Semata2 mahu memancing undi rakyat.ini juga dayus. menang dengan penipuan.
takkanlah najib pada ketika itu tidak tahu yang harga minyak pasaran global sedang meningkat naik ketika itu?

Next Page »

Blog at WordPress.com.